KOTA BHARU: Penyelaras Pembangunan Armalah Dun (PPAD) merupakan antara lantikan politik kerajaan Kelantan yang cemerlang berkhidmat untuk rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berharap prestasi membanggakan itu dapat dikekalkan atau dipertingkatkan lagi.
“Lantikan politik bawah kerajaan negeri terbabit alhamdulillah mempunyai rekod yang baik dan PPAD antara yang terbaik,” katanya di sini.
Menurutnya juga kejayaan itu membuktikan golongan wanita mampu mempamerkan gerak kerja yang baik.
Kata beliau kakitangan wanita memiliki kekentalan diri dan ikhlas dalam melaksanakan setiap gerak kerja sehingga mereka mudah menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Oleh itu beliau berharap PPAD menjadi contoh kepada lantikan politik lain di Kelantan khususnya di bawah portfolio Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.
“Jadikan kerja kita sebagai medan dakwah untuk mendidik setiap anggota masyarakat kepada jalan yang baik khususnya golongan remaja.
“Kita sedar PPAD sentiasa berhadapan pelbagai ragam armalah tetapi anggaplah itu sebagai rempah ratus dalam kerja kita,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/12/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!