Kenapa pencapaian pelajar PISA 2022 merosot teruk?

Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pencapaian pelajar dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 merosot dengan teruk termasuk dalam subjek bahasa.

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, susulan perkara itu, apakah kajian sudah dibuat dan apakah penemuan dari punca-punca hasil daripada kajian tersebut yang menyebabkan pencapaian pelajar-pelajar ini merosot dengan teruk?

- Advertisement -

Beliau menegaskan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga-tiga domain literasi dalam PISA 2022.

Ia berikutan dengan kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat sebagai antara faktor penyumbang utama.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying dalam jawapannya mengakui bahawa menurut kajian, pencapaian PISA 2022 telah merosot.

Menurutnya, kementerian masih dalam kajian untuk menaiktaraf, menambah baik silibus dan pencapaian dalam semua mata pelajaran.

“Kami juga hendak mengutamakan bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik dan juga Sains. Ini merupakan keutamaan kita dan memantau dari semasa ke semasa dan kami akan mengadakan program-program yang bersesuaian,” katanya.  HARAKAHDAILY 11/12/2023

- Advertisement -