Ibu bapa terus beri sokongan kepada PASTI

Sahar Abdul Majid
- Advertisement -

SANDAKAN: PASTI Kawasan Sandakan khususnya akan terus berusaha memastikan pelajarnya mendapat pendidikan yang berteraskan akhlak dan akidah Islam.

- Advertisement -

Ia sejajar dengan kehendak ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mewarisi nilai budi, akhlak dan jati diri yang tinggi yang tidak mungkin diganggu gugat oleh anasir yang boleh merosakkan nilai kehidupan mereka.

Perkara itu telah ditegaskan oleh Setiausaha PAS Sabah, Sahar Abdul Majid ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Temasya Sukaneka Tahunan PASTI Kawasan Sandakan kali ke 32, kelmarin.

Sahar juga turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus berusaha sedaya upaya agar generasi yang bakal memimpin pada masa akan datang dengan kepimpinan yang berteraskan kepada nilai akhlak dan akidah Islam.

“Terima kasih sekali lagi buat ibu bapa yang terus menerus memberikan komitmen yang tidak putus-putus bukan sahaja menyokong pembinaan generasi tapi terus melihat generasi ini berjaya di dunia dan akhirat,” jelasnya.

Temasya sukaneka itu diadakan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Elopura 2, Sandakan dengan penglibatan seramai 800 orang murid PASTI yang terdiri daripada 16 kontinjen keseluruhannya. – HARAKAHDAILY 11/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!