Pelajar SRITI sertai pertandingan Sumo Robot

- Advertisement -

BENTONG: Dua orang pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al Husna, Pekan terpilih beraksi dalam pertandingan Sumo Robot di UniKL International Robattle Competition (UNRC) 2023 bermula hari ini.

- Advertisement -

Bertempat di Universiti Kuala Lumpur, Malaysia France Institute, SRITI mempertaruhkan dua orang anak cilik gifted hands, Muhammad Azimuddin Muhammad Zuhairi dan Akeef Daniel Adi Asraf.

Pertandingan itu berobjektif mengasah bakat pelajar dalam bidang robotik terutama proses pengkodan komputer bagi mempersiap dan mengoptimumkan kebolehan mereka selari dengan era teknologi digital masa kini.

“Saya ingin merakam ucapan tahniah kepada dua pelajar SRITI Al Husna kerana telah berjaya sampai ke tahap ini.

“Ini membuktikan bahawa suasana serta modul pembelajaran di SRITI berjaya melahirkan pelajar berdaya saing, kreatif dan inovatif.

“Tahniah juga buat guru-guru yang terlibat dalam membentuk dan mendidik pelajar ini, moga terus istiqamah,” ujar Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd. Zarimi Abu Zih.

Kedua-dua pelajar itu ditemani guru pengiring iaitu Mudirah SRITI Al Husna Pekan, Ustazah Nurshuhada Mohamad sepanjang tiga hari pertandingan berlangsung, bermula 10 hingga 12 Disember.

SRITI adalah pusat pendidikan peringkat rendah menawarkan pendidikan bersepadu berteraskan Islam menggabungkan empat kurikulum utama iaitu pra tahfiz, akademik, KAFA dan KAFFAH.

Institusi pendidikan itu dikelola oleh Jabatan SRITI sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. – HARAKAHDAILY 10/12/2023