Wartawan Reuters maut dibedil kereta kebal Israel

Wartawan Reuters, Issam Abdallah terkorban akibat bedilan dari kereta kebal tentera Zionis Israel. (FOTO: Perfil Brazil)
- Advertisement -

BEIRUT, Lubnan: Seorang kru kereta kebal tentera Israel disahkan sebagai dalang di sebalik kematian seorang wartawan Reuters di Lubnan.

Dua bedilan telah dilepaskan secara berturut-turut dari kereta kebal Zionis Israel lahanat itu dalam kejadian pada 13 Okt lalu menyebabkan wartawan visual (video), Issam Abdallah terkorban, lapor Reuters.

- Advertisement -

Dua bedilan dilepaskan secara berturut-turut dari kereta kebal Zionis Israel lahanat itu dalam kejadian pada 13 Okt lalu menyebabkan wartawan visual (video), Issam Abdallah terkorban, lapor Reuters.

Serangan itu turut mencederakan jurugambar Agence France-Presse (AFP), Christina Assi, 28, bersama lima petugas media yang lain.

Insiden itu berlaku hanya lebih satu kilometer dari sempadan Israel berhampiran perkampungan Lubnan Alma al Chaab.

Reuters berkata, ia telah menemubual lebih 30 pegawai kerajaan dan keselamatan, pakar tentera, penyiasat forensik, peguam, medik dan saksi untuk mengumpulkan laporan.

Ia juga menganalisis rakaman video dan mengumpul serta memperoleh bukti dari tempat kejadian, termasuk serpihan di atas tanah dan tertanam dalam kereta Reuters, tiga jaket flak, kamera, tripod dan sekeping logam besar.

Sementara Leftenan Kolonel Richard Hecht, jurucakap antarabangsa IDF, berkata: “Kami tidak menyasarkan wartawan.”

Beliau bagaimanapun tidak memberikan ulasan lanjut.

Kumpulan wartawan itu kesemuanya memakai jaket dan topi keledar biru, kebanyakannya bertulis ‘PRESS’ dalam huruf putih.

“Bukti yang kami ada sekarang, dan telah diterbitkan hari ini, menunjukkan bahawa kru kereta Pkebal Israel membunuh rakan sekerja kami Issam Abdallah,”  kata Ketua Pengarang Reuters, Alessandra Galloni.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya  pembunuhan Issam. Kami menyeru Israel untuk menjelaskan bagaimana ini boleh berlaku dan mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab atas kematiannya dan mencederakan Christina Assi dari AFP, rakan sekerja kami di Reuters – Thaier Al-Sudani dan Maher Nazeh, serta  tiga wartawan lain.

“Issam adalah seorang wartawan yang cemerlang dan bersemangat, yang sangat disayangi di Reuters,” katanya.  HARAKAHDAILY 7/12/2023