Menteri KKM lemah!

- Advertisement -

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan ketua baharu.

Rekod setahun KKM di bawah YB Dr. Zaliha cukup untuk menunjukkan ketidakmampuan beliau dalam menerajui sektor kesihatan negara:

i. 31 Mac 2023: Menteri Kesihatan membuat keputusan meminda senarai di bawah Akta Racun 1952 yang mengeluarkan nikotin daripada senarai tersebut.

ii. Jun 2023: Kerajaan hentikan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi sebelum membuat u-turn bagi meneruskan tajaan.

iii. Jun 2023: KKM mengeluarkan kenyataan dengan fakta yang salah berkenaan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP). 

iv. Julai 2023: Menteri Kesihatan menyasarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang termaktub dalam Manifesto Pakatan Harapan hanya boleh ditubuhkan dalam tempoh 15 tahun akan datang.

v. Oktober 2023: Menolak cadangan kenaikan kadar elaun ‘on-call’ untuk pegawai perubatan.

vi. November 2023: Menteri Kesihatan berdiam diri berhubung kenyataan dangkal Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang mempersoal kaitan merokok dan kanser.

vii. November 2023: Menggugurkan peruntukan generasi penamat rokok (GEG) daripada Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

viii. Memperuntukkan RM100 juta untuk Skim Perubatan MADANI yang hanya menambah keuntungan sistem kesihatan swasta.

Amat mendukacitakan kerana banyak usaha baik yang digerakkan oleh kerajaan sebelumnya untuk penambahbaikan sistem kesihatan telah dibakulsampahkan oleh KKM di bawah Dr. Zaliha.

Adakah dengan prestasi begini Dr. Zaliha boleh diharapkan untuk menjaga sektor kesihatan negara yang sedang berhadapan dengan peningkatan kes COVID-19?

Sebagai sebuah kementerian yang penting dan kompleks, KKM memerlukan Menteri yang tegas dan serius dalam membawa agenda reformasi kesihatan, bukan yang mudah tunduk kepada tekanan luar.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan atas ‘kejayaan’ KKM membina 20 fasiliti kesihatan dalam masa setahun. Sungguh luar biasa.

USTAZ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia
6 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 6/12/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!