ISU dakwaan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) akan melepas atau mengurangkan pegangan saham pemilikan kedai runcit dalam tanah Rancangan dan juga di luar Tanah Rancangan FELDA perlulah ditangani dengan sebaik mungkin.
Dimaklumkan pihak pengurusan D’MART menghadapi tanggungan hutang yang sangat besar mencecah RM80 juta dan sebahagian 20 peratus daripadanya adalah dikategorikan hutang lapuk kerana kegagalan penghutang iaitu segelintir peneroka FELDA gagal membayar hutang barangan runcit mereka.
Akibat daripada kaedah mengurus yang tidak cekap sehingga D’MART terdedah dengan tindakan tuntutan undang-undang dari pihak vendor atau pembekal barangan peruncitan di lebih 200 kedai mereka di seluruh negara.
Kami beranggapan cadangan tindakan pengstrukturan semula D’MART oleh pemiliknya mestilah mengambil kira kepentingan peneroka itu sendiri.
Melepaskan kepentingan kepada pihak luar memang mampu menyelesaikan sebahagian isu yang dihadapi namun sudah tentu ianya nanti akan menyebabkan peneroka FELDA dan KPF akan kehilangan salah satu aset besar yang dibina bersama sejak 1968 lagi dengan nama asal FELDA Trading Sdn. Bhd.
Kami juga menuntut diadakan siasatan dalaman oleh pemegang saham D’MART iaitu KPF bagaimana syarikat ini boleh mencatat hutang sebesar ini perlu ada tindakan sewajarnya jika jelas kelemahan urus tadbir syarikat peruncitan ini.
“Adil, Prihatin dan Berkebajikan”
NARAZA MUDA
Pengarah Strategik Hal Ehwal Peneroka FELDA Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat – HARAKAHDAILY 5/12/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!