Apa persediaan sambut pelancong antarabangsa 2026?

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengutarakan persoalan tentang apakah strategi kerajaan untuk menerima sasaran ketibaan pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,  dan perlu bersaing di rantau Asia Pasifik?

Beliau berkata demikian dalam sesi soalan lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini, yang kemudiannya dijawab oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Senator Khairul Firdaus Akbar Khan dengan menyenaraikan beberapa strategi yang telah dirancang pihaknya.

- Advertisement -

“Antara strategi kementerian ialah pertama, kerjasama strategi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 akan ditonjolkan sebagai misi nasional yang melibatkan kerjasama strategi dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti kementerian, agensi-agensi, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan penggiat industri. 

“Kedua, melalui acara-acara pelancongan iaitu menganjurkan acara-acara bertaraf dunia dan berimpak tinggi bagi menarik lebih ramai pelancong berkualiti dan tinggal lebih lama untuk berbelanja di negara ini. 

“Ketiga, menerusi kaedah promosi dan pengiklanan oleh kementerian Pelancongan Malaysia akan memperkasakan usaha-usaha promosi dan pelancongan bagi memastikan Malaysia sebagai Top of The Mind Ecotourism Destination of the World secara bersepadu dan agresif.

“Ini termasuklah mengadakan promosi bersama dengan pengusaha pelancongan atas talian,” jelas beliau.

Selain daripada itu, katanya lagi, penglibatan pembangunan modal insan sebagai tuan rumah bagi Tahun Melawat Malaysia 2026. 

“Barisan hadapan sewajarnya akan diberikan kursus sebagai persediaan menerima  kehadiran  pelancong bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti. 

“Penambaikkan kemudahan infrastruktur di mana kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menambahbaik struktur pelancongan, iaitu menyediakan ruang pelancongan lebih selesa dan selamat untuk digunakan serta mesra pengguna termasuklah kemudahan kepada pelancon kurang upaya (OKU)  dan warga emas,” katanya.  HARAKAHDAILY 5/12/2023

- Advertisement -