Setpol PMX salah fakta!

- Advertisement -

SETIAUSAHA Politik (Setpol) Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim kata kemenangan Dr. Sam (Dr Samsuri) biasa sebab menang di kubu sendiri.

Baru sahaja bulan lepas Presiden Umno sebut bahawa Kemaman adalah kubu Umno.

“Kita merasakan Kemaman bukan kubu kuat PAS, Kemaman ialah kubu kuat Umno.” – Zahid Hamidi.

Mengikut sejarah, PAS pertama kali menang di Kemaman pada PRU14 dengan hanya 2,000 majoriti. Sebelum ini sepanjang Sejarah PRU, kesemuanya dimenangi oleh Umno dan sekali dimenangi oleh PKR.

Kemudian barulah PAS menang dengan kemenangan melonjak 27,000 majoriti pada PRU15. 

Kemenangan PAS mungkin sudah bukan luar biasa melihat kepada penolakan rakyat kepada PH-BN.

Namun kemenangan dengan 37,000 majoriti boleh dikira luar biasa.

Kemenangan ini berlaku selepas Umno ‘berjaya’ tuduh PAS beri rasuah.

Umno juga dakwa meletakkan calon ‘luar biasa’ sehingga Perdana Menteri ke-10 (PMX) tawarkan kedudukan tertentu jika calon Umno menang.

Ingat, PH-BN bertanding Kemaman dalam keadaan PH-BN ada kuasa besar untuk tabur banyak ‘gula-gula’ daripada Kerajaan Pusat.

Manakala Dr Sam tenang tak umum walaupun satu sen dalam Belanjawan Terengganu 2024. 

Jangan ego untuk terima hakikat. Ini suara rakyat. Sedarlah, rakyat sedang menolak kalian.

Mahasiswa mendesak agar Setiausaha Politik kepada PMX agar memperbetulkan fakta beliau dan memperbanyakkan lagi bacaan khususnya berkenaan politik lokal di Malaysia.

Sekian.

WAN MUHAMMAD ARIF WAN BAZLI FARIZ
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
4 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 4/12/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -