SEGALA pujian hanya untuk Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W, ahli keluarga, sahabat-sahabat, para tabiin serta yang mengikut jalan mereka sehingga hari kiamat.
Firman Allah S.W.T:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ.
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu”.
(Muhammad: 7)
PAS Johor merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan kemenangan yang gilang gemilang PAS PN di dalam PRK P.040 Kemaman.
Kemenangan ini sebagai tanda kesetiaan rakyat bersama PAS PN bahkan ianya juga membuktikan gelombang kebangkitan rakyat menolak PH-BN semakin besar dengan peningkatan jumlah majoriti berbanding PRU15.
Kemenangan ini akan terus menjadi pemangkin kepada kemenangan pada masa-masa akan datang, PAS PN teguh bersama rakyat memperjuangkan prinsip Adil, Prihatin dan Berkebajikan.
PAS Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Negeri Terengganu, jentera kawasan Kemaman dan negeri-negeri bantu, teristimewa kepada seluruh pengundi Parlimen Kemaman yang telah memberikan kepercayaan kepada calon PAS PN.
Kepada YAB Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Besar Kerajaan Negeri Terengganu sekalung tahniah dan alfu mubaarak diucapkan. Didoakan semoga YAB Datuk Seri sentiasa di dalam pemeliharaan Allah S.W.T dan diberikan kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan cemerlang ke arah mencapai redha Allah S.W.T. Siiruu ‘Alaa Barokatillah.
“Adil, Prihatin dan Berkebajikan”
USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 4/12/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!