Kelantan perkasa semula Desa Taqwa

- Advertisement -

JELI: Kerajaan negeri memperkasakan semula Desa Taqwa yang diwujudkan di Kelantan sejak tahun 1990-an.

- Advertisement -

Di Jeli dua Kampung Desa Taqwa dipilih untuk diperkasakaan semula iaitu Desa Taqwa Kampung Kalai dan Desa Taqwa Kampung Serdang.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebanyak RM40,000 diberi kepada dua kampung berkenaan untuk dimajukan semula.

Katanya apa yang diharapkan Desa Taqwa Kalai dan Serdang yang terpilih menjadi pilot projek pemerkasaan dan mampu menjadi kampung contoh bukan sahaja di Kelantan sebaliknya di peringkat negara.

“Dengan pelan strategik yang ada, saya berkeyakinan ia akan menjadi kenyataan nanti,” katanya ketika berucap melancarkan pemerkasaan Desa Taqwa di Dataran Taqwa, Kampung Kalai, dekat sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Wan Rohimi Wan Daud, Adun Kuala Balah Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata, kalau zaman dahulu, buta huruf disifatkan mereka yang tidak pandai membaca, namun sekarang orang yang tidak tahu perkembangan semasa dikategori buta huruf.

Menurutnya walaupun tahu membaca, namun sekiranya tidak mengikuti perkembangan luar negara khususnya penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman Zionus Israel ia tidak memberi sebarang makna. – HARAKAHDAILY 4/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!