48 anak yatim ditempat di Rumah Anak Yatim Emirates

- Advertisement -

SATUN (THAILAND): Seramai 48 anak yatim berusia antara enam hingga 18 tahun mendapat perlindungan di Rumah Anak Yatim Emirates Satun.

- Advertisement -

Rumah anak yatim itu dibuka 25 tahun lalu turut menempatkan anak-anak saudara baru yang bercerai dengan pasangan masing-masing.

Pengerusi rumah anak yatim berkenaan, Abdullah Al Ayubi Akim berkata, sebanyak dua juta Baht diperlukan setahun untuk perbelanjaan mengurus dan lain-lain.

Katanya, sumbangan diperolehi daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.

Selain itu diadakan jamuan amal untuk memungut dana setahun sekali yang diadakan setiap Januari.

“Pembinaan tempat anak yatim ini dibiayai seorang juruterbang dari Bangkok yang membantu anak-anak yatim dan mualaf mendapat perlindungan.

“Alhamdulillah walaupun kos bulanan agak besar dan kami tidak ada dana khusus, namun Allah telah tentukan rezeki buat mereka.

“Penderma dari wilayah berdekatan termasuk Pattani, Yala dan Songkhla turut menghulur sumbangan. Selain itu sumbangan dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya selepas menerima kunjungan rombongan Assabiqun Tumpat baru-baru ini.

Rombongan terbabit diketuai pengerusinya Wan Zakaria Wan Sulaiman.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Assabiqun Tumpat, Mohd Yasin Yusof berkata beliau kagum melihat kesungguhan pengurusan menjaga kebajikan anak-anak yatim.

Katanya, semoga usaha murni mereka sentiasa dipermudahkan oleh Allah.

Seramai 32 ahli rombongan Assabiqun dan Assabiqat Tumpat menyertai lawatan ke selatan Thailand bagi mengeratkan ukhuwwah menerusi program Kembara Ilmu 2023 Assabiqun Tumpat. – HARAKAHDAILY 1/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!