Lima keperluan asas bagi kadar gaji minimum 

Afnan Hamimi Taib Azamuddin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kadar gaji minimum wajar memenuhi lima keperluan asas kehidupan, manakala kadar gaji maksimum pula hendaklah sehingga tidak merugikan majikan.

Afnan Hamimi Taib Azamuddin (PN-Alor Setar) berkata, kadar gaji minimum perlu memenuhi lima keperluan asas iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan.

- Advertisement -

“Maka, gaji yang ideal adalah antara dua garis panduan gaji ini (minima dan maksima) di samping setimpal dengan harga barang semasa, keuntungan majikan dan sumbangan pekerja,” katanya ketika membahaskan kertas putih dasar gaji progresif di Dewan Rakyat hari ini.

“Justeru, gambaran tersebut perlu ada kepada majikan, pekerja dan pihak kerajaan yang membuat dasar berkenaan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, katanya dasar tersebut sangat baik namun ia tidak akan berjaya jika kos sara hidup melibatkan lima perkara asas tadi tidak ditanggani dengan baik. .  HARAKAHDAILY 30/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!