Dasar Gaji Progresif: Apa perancangan kerajaan?

Ku Abd Rahman Ku Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dinasihati agar merangka perancangan untuk lebih tuntas serta mempunyai jangka masa panjang dalam cadangan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berkata, dasar tersebut perlu dirangka untuk pastikan perancangan itu dapat digunakan bagi tempoh yang panjang.

- Advertisement -

Beliau berkata, walaupun apa sahaja peristiwa yang berlaku, ia tidak menjejaskan kadar gaji yang diberikan oleh majikan sekaligus memberi kesejahteraan hidup rakyat.

“Jadi, saya menyokong dasar ini tetapi pelaksanaan dasar ini perlulah dibuat dengan sebaik mungkin kerana nak pelaksanaan dasar ini ‘sustainable for long time’ untuk semua.

“Kita tidak mahu ia berhenti sekerat lepas itu..tukar kerajaan ke apa ke, tukar kaedah lain pula, kita akan hadapi masalah yang makin besar jika dasar ini berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai sesi perbahasan terhadap cadangan pembentukan Dasar Gaji Progresif pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ku Abd Rahman menjelaskan pendapatan yang diperolehi setiap bulan oleh pekerja mempunyai kaitan produktiviti, namun pendapatan di Malaysia tidak seiring dengan pengeluaran.

Beliau berkata, Bank Negara pada 2018 mendedahkan kadar gaji di Malaysia lebih rendah berbanding negara penanda aras seperti China Korea Selatan dan Singapura.

“Ini menunjukkan terdapat kepincangan dalam pasaran buruh, pertumbuhan gaji dikalangan umur 20 hingga 29 tahun begitu perlahan begitu juga usia 30 tahun keatas.

“Pertumbuhan gaji yang perlhan ini menunjukkan isyarat bahawa kelulusan pendidikan peringkat menjadikan gaji yang jauh lebih tinggi daripada memilik pendidikan rendah,” katanya.  HARAKAHDAILY  30/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!