Debat tenaga pengajar sekolah: Bersediakah kerajaan?

Syahir Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejauh mana kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan pertandingan debat atau mewujudkan kelab debat dalam kalangan tenaga pengajar di sekolah di negara ini?

Syahir Sulaiman (PN-Bachok) berkata, program itu tidak membabitkan sentimen sempit politik  tetapi sebaliknya ia lebih kepada perbincangan mengenai dasar dan hala tuju pendidikan negara.

- Advertisement -

Menurut beliau, aktiviti tersebut yang bukan sahaja membabitkan pelajar sekolah, mampu menajamkan pemikiran, mencari maklumat sahih serta langkah penyelesaian terbaik.

“Apakah perancangan kementerian (Kementerian Pendidikan Malaysia) agar digabungkan kemahiran pengucapan awam dan pendidikan politik, dapat diperluaskan ke dalam konteks silibus pendidikan dan kokorikulum.

“Adakah kementerian bersedia mewujudkan pertandingan debat atau kelab debat dalam kalangan guru sekolah pula, bukan bincang politik tetapi dasar pendidikan negara,” soalnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hiu Ying dalam jawapannya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini berkata, pihak sentiasa memberi pendedahan kepada pelajar untuk melakukan pengucapan awam.

Malah kata beliau lagi, sebahagian sekolah turut mewujudkan ‘speaker corners’ bagi membolehkan pelajar yang berminat mengasah bakat serta mengadakan pertandingan pengucapan awam.

Walaubagaimanapun katanya kerajaan akan membuat penelitian terlebih dahulu terhadap cadangan yang diutarakan bagi mengadakan pertandingan debat dikalangan tenaga pengajar. 

“Terima kasih atas cadangan ini, kita akan meneliti dengan terperinci atas cadangan dikemukakan oleh YB Bachok untuk mengadakan debat dalam kalangan guru-guru di sekolah.

“Kita akan memperhalusi cadangn ini di peringkat kementerian pendidikan, bagaimana untuk memartabatkan dasar pendidikan negara selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan,” katanya.

- Advertisement -