Israel serang Tebing Barat, sekat hospital

Seorang penduduk Palestin memeriksa kerosakan infrastuktur bangunan selepas serbuan Israel di Jenin, di Tebing Barat yang diduduki Israel, pada 26 Nove 2023. (FOTO: REUTERS)
- Advertisement -

JENIN, Tebing Barat: Tentera Zionis Israel telah meningkatkan operasi mereka di Jenin, sebuah bandar di Tebing Barat yang diduduki, yang membawa kepada konfrontasi dan kemusnahan yang ketara, selain menyekat operasi hospital.

Sebuah jentolak Israel dilaporkan memusnahkan jalan raya dan infrastruktur di dalam bandar itu pada awal hari ini, Rabu (29 Nov).

Di tengah-tengah serangan itu, tentera Zionis telah menghalang akses ke kemudahan perubatan utama, termasuk hospital Khalil Suliman dan Ibn Sina, dan dilaporkan menghampiri Hospital Al-Razi, lapor Al Jazeera

- Advertisement -

Ia  adalah institusi penjagaan kesihatan utama di Jenin; dan serbuan yang berterusan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang  rakyat Palestin cedera.

Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS) menganggarkan bahawa populasi kem Jenin akan mencecah 11,674 orang menjelang Jun 2023, manakala Al Jazeera melaporkan bahawa kem itu mempunyai populasi lebih daripada 22,000 pelarian.

Terdahulu pada 26 Nov, Reuters melaporkan bahawa  tentera Israel telah membunuh tujuh rakyat Palestin di kem pelarian Jenin, termasuk dua remaja bawah umur dan sekurang-kurangnya seorang lelaki yang didakwa sebagai bersenjata, di Tebing Barat yang diduduki lewat Sabtu (25 Nov) dan awal Ahad (26 Nov).  HARAKAHDAILY 29/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!