‘MP Bukit Gantang tak boleh dipercayai’

Shahidan Kassim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen (MP) Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal melompat parti menunjukkan dirinya tidak boleh dipercayai.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata demikian susulan MP Bukit Gantang itu pernah membuat permohonan  peruntukan sebanyak RM30 juta kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

- Advertisement -

Menurut beliau, Syed Abu Hussin telah menyatakan kesediaannya untuk menyokong kerajaan persekutuan sekiranya peruntukan tersebut diluluskan oleh pihak kerajaan.

“Namun hari ini, dia mula kata sokong kerajaan…pasti (dia) sudah dapat RM30 juta dan adakah itu tidak dikira sebagai rasuah?” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tambah Shahidan, ia merupakan satu perkara yang mengejutkan memandangkan beliau sendiri merupakan kawan baik kepada ahli parlimen tersebut.

“Baru kelmarin, dia (Syed Abu Hussin) bersembang dengan saya tetapi tiba-tiba boleh bertukar..saya pun hairan.

“Namun, syukur alhamdulillah, Allah SWT tunjukkan orang macam ini jenis yang tak boleh dipercayai,” katanya.   HARAKAHDAILY 28/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!