MB Kedah terima kunjungan hormat Duta Besar Jerman

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Persekutuan Jerman, H.E Dr. Peter Blomeyer.

- Advertisement -

Kunjung hormat ke Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara negeri ini dengan republik berkenaan.

Selain Menteri Besar, delegasi Republik Persekutuan Jerman itu turut disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Seri Norizan Khazali dan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr. Haim Hilman Abdullah. – HARAKAHDAILY 28/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!