Wujudkan polisi baharu pembelian rumah

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) menyarankan agar kerajaan memperkenalkan polisi baharu, yang merupakan bayaran bulanan pembelian rumah dibuat setelah rumah tersebut didiami pembeli.

Beliau berkata, hal tersebut kerana berlakunya masalah kepada pembeli sedangkan duit mereka telah pun dipotong.

- Advertisement -

“Untuk projek yang kedepan ini boleh diambil tetapi isunya kepada projek yang memberi masalah kepada pembeli.

“Duit telah dipotong oleh pihak bank, rumah belum siap lagi dan belum boleh duduk, sebelum ini jawapan dari pihak kementerian meminta  pembeli menyerahkan kunci dengan pihak bank untuk diuruskan.

“Boleh atau tidak supaya kita buat polisi agar ansuran bulanan ini hanya bank dikenakan setelah rumah siap dan boleh duduk seperti pembelian kereta, sudah ada baru dipotong dari bank,” katanya dalam soalan tambahan dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau juga meminta pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memaklumkan bilangan syarikat yang disenarai hitam serta tindakan yang dilakukan.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara berkaitan cadangan polisi tersebut sedang diteliti oleh pihak kementerian supaya ia dapat diselesaikan secara tuntas.

“Berkaitan cadangan yang diberi, ini antara perkara yang sedang diteliti supaya dapat mengurangkan kesan kepada pihak peminjam (pembeli).

“Cuma berbalik kepada perkara pokok iaitu di mana punca kuasa yang hendak diteliti agar benar-benar menyelesaikan masalah,” katanya.  HARAKAHDAILY 27/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!