KUALA LUMPUR: Kerajaan madani perlu membawa pacuan yang dipaksikan di atas dipertanggungjawaban, ketelusan dan kesaksamaan dalam menguruskan kewangan kerajaan.
Senator Abdul Nasir Idris berkata, dasar fiskal memainkan peranan penting dalam menyokong momentum pemulihan ekonomi dan meringankan beban rakyat selain daripada menentukan hala tuju pengurusan kewangan awam.
Menurut beliau lagi, sewajarnya setiap proses yang dilaksanakan tersebut mesti diberikan pendedahan secara terbuka untuk perubahan sepanjang daripada kontrak berjalan.
“Misalnya, apabila perubahan harga atau ubahsuai sesuatu memberikan maklumat untuk kita semak dan imbang apabila dibentangkan dalam perolehan,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Negara, di sini, hari ini.
“Justeru, persoalan beliau, adakah Akta Perolehan yang dirancangkan tadi oleh pihak kerajaan bakal dibentangkan pada tahun hadapan?
“Adakah pihak kerajaan akan mengambil kira tentang kelemahan-kelemahan sedia ada yang melibatkan semak dan imbang sesuatu pemberian kontrak?” soal beliau.
Abdul Nasir turut memberitahu bahawa Seksyen 30 adalah menyelia fiskal, menimbang teliti dan mencadangkan dasar kepada kerajaan, memastikan dasar fiskal adalah selaras dengan prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab seharusnya merupakan satu jawatankuasa yang bebas.
“Seksyen 29, menyatakan ahli jawatankuasa dasar fiskal ini, dilihat bahawa ia akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
“Seksyen 28, menyatakan ahli jawatankuasa ini boleh mengemukakan syor kepada jemaah menteri,” jelasnya.
Justeru, beliau berpandangan bahawa perlu ada lebih kebebasan kepada jawatankuasa ini untuk melihat kuasa-kuasa yang besar ini.
Abdul Nasir turut bersetuju dengan saranan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen di dalam dewan ini yang perlu dilibatkan bersama.
Beliau turut mencadangkan, perlu adanya laporan mandatori kepada jawatankuasa pilihan khas bagi parlimen untuk meningkatkan ketelusan dan pengawasan rapi bagi setiap perolehan terutamanya kepada perkara-perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum.
Di samping itu, beliau turut memuji, pelaporan dalam seksyen 32 yang mengkehendaki seorang menteri menyediakan laporan presetasi perbelanjaan pertengahan tahun, penyata risiko fiskal, penyata perbelanjaan, cukai tahunan dan plan mitigasi sekiranya berkenaan.
Namun, beliau mempersoalkan tentang apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan jika terdapat ketirisan dan masalah sepanjang pelaporan berlaku?
“Sejauh manakah perancangan kerajaan untuk menambah dan memperluaskan asas hasil untuk memastikan perolehan hasil yang mampan di mana perbelanjaan mengurus dibiayai oleh hasil negara?
“Antara perkara yang perlu dicapai adalah negara perlu memdapat hasil yang mencukupi, mampan, cekap dan berdaya saing,” katanya.
Beliau turut menekankan agar prinsip keadilan perlu diterapkan khususnya dalam penjanaan hasil dan kadar percukaian.
“Maka, aspek keadilan percukaian perlu dititikberatkan dalam fasa 10 (2) tanpa dikesampingkan pentingnya dasar hasil yang mampan dan terjamin supaya kebajikan rakyat dan pembangunan negara dapat dilaksanakan secara mampan dan terjamin,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/11/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!