Poligami bukan ajaran PAS

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Islam membenarkan umatnya berpoligami bahkan ia bukan semata-mata  ajaran mana-mana parti.

Ahmad Fadhli Shaari  (PN-Pasir Mas) berkata, hantaran mengenai isu poligami  jelas menyentuh elemen 3R

- Advertisement -

“Beberapa hari lepas saya terbaca dalam akhbar Harian Metro berhubung seorang individu membuat hantaran di platform X kononnya ajaran PAS menolak Coldplay, Billie Elish , Blackpink dan Holywood, namun menerima poligami.

“Hantaran sebegini seolah olah menyatakan poligami ini ajaran PAS sedangkan ia merupakan perkara yang diizinkan dalam Islam.

“Hantaran ini dilaporkan dibuat oleh seorang individu bernama Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru; dan ini sangat menyentuh elemen 3R,” katanya ketika mengemukakan soalan pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau turut mempersoalakan berkaitan kewajaran perkara asas dalam agama dapat diterapkan dalam mosul rakan muda.

“Persoalannya adakah modul dalam rakan muda ini turut akan menerapkan perkara asas dalam agama yang pelbagai  dalam negara agar kita berhati-hati menyentuh isu dalam media sosial dan tidak menjadi seperti yang dipetik oleh individu tadi,” katanya.  HARAKAHDAILY 27/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!