Pekema sasar kenderaan import 50,000 setahun

Mohamed Nazari (depan, empat dari kiri) pada AGM ke-42 Pekema di Kuala Lumpur.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengimpotdan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menaikkan jumlah  kenderaan import terpakai daripada 35,000 unit kepada 50,000 unit setahun, dengan mengekalkan fi import sebanyak RM10,000 setiap unit.

Presiden Pekema, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, peningkatan kenderaan import akan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat dalamindustri kenderaan kereta import dan industri hiliran. 

- Advertisement -

“Saya  yakin langkah tersebut akan dapat menambah penjanaan ekonomi melebihi RM2 bilion setiap tahun yang disumbangkan daripada industri kenderaan import.

“Selain daripada itu, ia juga mendatangkan hasil fi import kenderaan kepada MITI dan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula akan  hasil daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan.

“Ia juga akan menjana pendapatan kepada industri lain yang terlibat seperti perbankan, insurans, warranty kenderaan dan lain-lain,” katanya.

Tambah beliau, asar kerajaan yang memperkenalkan Dasar Permit Import (AP) Terbuka telah meningkatkan jumlah pemegang AP daripada 100 syarikat kepada 300 syarikat sehingga kini. 

“Oleh itu, peruntukan AP sebanyak 35,000 setahun adalah tidak mencukupi untuk digunapakai oleh keseluruhan ahli Pekema. 

“Saya amatlah berharap agar MITI dapat meluluskan permohonan untuk menambahkan kenderaan import terpakai sebanyak 15,000 unit kepada 50,000 unit setahun agar dapat memberi ruang yang lebih besar bagi pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara.

“Dari segi peratusan jualannya hanya 6.8% daripada umlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 725,000 oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk tahun 2023. Selain daripada itu tidak semua kenderaan ahli Pekema  dapat dijual pada tahun kemasukan kenderaan tersebut.

Nazari berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA KE-42 yang berlangsung di KLCC, di sini, yang dirasmikan Oleh Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, MITI akan memperhalusi cadangan PEKEMA untuk menaikkan jumlah kenderaan import terpakai daripada 35,000 kepada 50,000 unit setahun.

“Kementerian akan memperhalusi dan akan bekerjasama dengan Pekema untuk meneroka asas justifikasi kenapa tahap ini perlu dilihat semula,” ujarnya.

“Jadi, MITI akan buat keputusan berdasarkan data yang terkini dan pada masa sama, isu ini perlu dibincangkan dengan MOF,” katanya.

Sementara itu, Datuk Zainuddin Abd Rahman yang telah memimpin Pekema lebih dari satu dekad mengambi keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Presiden Pekema. 

Keputusan itu dibuat demi membuka peluang kepada pemimpin baharu untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan dalam persatuan ini.

Selain penstrukturan kepimpinan, Pekama  juga telah melantik muka-muka baharu untuk jawatan Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa Pekema pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pekema ke-42 tahun ini.

Dalam pada itu, atas dasar kemanusiaan dan kepekaanterhadap nasib rakyat Palestin, Pekema  telah menyumbang sebanyak RM100,000 kepada Akaun Amanah Kemanusiaa nRakyat Palestin (AAKRP).

Sumbangan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti sertasemangat kemanusiaan PEKEMA terhadap perjuangan rakyat Palestin, selain membantu mengurangkan penderitaan mereka yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza,” katanya. . – HARAKAHDAILY 27/11/2023

 

- Advertisement -