Kerajaan negeri perkasa produk pelancongan di Baling

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri komited merancang serta memperkasa produk pelancongan yang bersifat ekopelancongan di daerah Baling.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, melalui Pelan Pembangunan Kedah 2035, menetapkan identiti Baling sebagai daerah ekopelancongan dengan mengambil kira hutan sebagai guna tanah terbesar.

“Daerah Baling mempunyai hutan sebagai guna tanah terbesar yang kaya dan berpotensi untuk dibangunkan produk-produk pelancongan berasaskan semula jadi.

“Kawasan pelancongan eko seperti Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Kawasan Perkelahan Air Terjun Lata Hijau dan Lata Bayu serta Gunung Baling akan terus diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri,” ujarnya semasa menjawab soalan lisan Dato’ Najmi Ahmad (PAS-Kupang) pada persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

Kata Sanusi lagi, kajian Pelan Pembangunan Pelancongan Rangkaian Gua di Gunung Pulai yang melibatkan Gua Sireh, Gua Badak, Gua Landak dan Gua Air di Bukit Wang merupakan antara yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia@Kedah.

Kata beliau, berikutan menambah nilai produk ekopelancongan mula mendapatkan perhatian para pelancong, kerajaan negeri juga mempunyai perancangan untuk memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan melalui NCIA bagi penyediaan infrastruktur bersesuaian. – HARAKAHDAILY 27/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -