Terima kasih YB Kak Lah: Jasamu akan dikenang selamanya

- Advertisement -

MALAM tadi, bersempena Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah Khidmat Malaysia, mantan Pengerusi YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff atau lebih mesra dipanggil YB Kak Lah hadir untuk kali terakhir bagi menyerahkan tugas kepada Pengerusi yang baharu ; YB Datuk Dr Ustaz Marzuk Shaary.

Kak Lah, sepanjang memimpin Khidmat Malaysia lebih berwatakkan seorang ibu dan kakak kepada kami. Kerajinan dan kesungguhannya beliau dalam mendepani bencana banjir memang tidak dapat disangkal lagi, lebih-lebih lagi kawasan yang Kak Lah wakili iaitu Parlimen Rantau Panjang adalah antara kawasan yang terkenal dengan banjir.

Beberapa pesanan yang Kak Lah tinggalkan kepada kami dalam ucapannya malam ini, antaranya;

i. Apa yang kita lakukan di dalam Khidmat Malaysia ini adalah ruang untuk kita dapatkan pahala lebih-lebih lagi kerja dalam jamaah,

ii. Betulkan niat kita; lakukan kerja amal ini kerana Allah. Niat yang betul akan terkesan sehingga ke hati mereka yang kita bantu,

iii. Jadikan Khidmat Malaysia sebagai platform dakwah,

iv. Kerja kita adalah kerja berpasukan, perlu jalinkan hubungan dengan semua pihak yang terlibat dengan bencana,

v. Kerja bantuan kebajikan atau bencana lebih bererti jika ia dilakukan dengan lebih cepat atau segera,

vi. Kena yakin dengan pertolongan daripada Allah S.W.T.

Terima kasih Kak Lah. Semoga Allah berkati dan rahmati kita semua. 

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL 
Ketua Pengarah 
Khidmat Malaysia – HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!