Laksana program amar makruf nahi mungkar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mencadangkan supaya program amar makruf nahi mungkar diwujudkan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, kesejahteraan masyarakat tidak boleh dicapai dengan hanya melalui program kebajikan.

- Advertisement -

Katanya, inii kerana terdapat juga program yang memberikan kesan yang tidak baik terhadap masyarakat.

“Oleh sebab itu, program amar makruf nahi mungkar perlu diadakan untuk mencegah program yang merosakkan masyarakat,” katanya ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertugas sebagai barisan hadapan di 37 Pusat Perpindahan Sementara (PSS) kawasan banjir negara ini.

Siti Zailah turut mencadangkan supaya semua agensi yang terlibat dengan bencana alam disatukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Saya cukup bersimpati dengan kakitangan JKM yang menanggung tugas yang begitu besar. Ada kejadian membabitkan pegawai JKM yang terperangkap dalam banjir ketika banjir besar tahun lepas namun berjaya diselamatkan oleh penduduk kawasan tersebut.

“Jadi saya ingin tahu apakah usaha kementerian untuk penyelarasan supaya bebanan tugas itu tidak semata-mata kepada pegawai JKM,” katanya.

Beliau berharap insiden tersebut tidak lagi berlaku pada musim banjir besar tahun ini. – HARAKAHDAILY 22/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!