Beri pendidikan kepada pempengaruh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pempengaruh (influencer) wajar diberi pendidikan agar mereka dapat membantu menjayakan hala tuju negara dan masyarakat.

Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkata, majoriti pempengaruh terdiri daripada golongan anak muda.

- Advertisement -

“Akhir-akhir ini, ramai anak muda menjadikan pempengaruh sebagai satu kerjaya dan ini perlu dibuat suatu perimbangan antara kawalan keselamatan kandungan yang dikeluarkan serta kebebasan mereka dalam berkreatif.

“Sepatutnya mereka diberikan pendidikan supaya boleh membantu menjayakan hala tuju negara dan masyarakat,” katanya ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Digital di Dewan Rakyat, hari ini.

Mumtaz turut menyarankan agar kerajaan menjalin kerjasama dengan negara seperti Turkiye dan Iran bagi menjayakan industri filem negara.

“Adakah kerajaan akan membuat kerjasama dengan negara seperti Turkiye dan Iran kerana kita melihat kebanyakan filem mereka menjurus kepada nilai kemanusiaan.

“Mereka juga banyak menumpukan kepada hiburan berunsurkan sejarah,” katanya. HARAKAHDAILY 22/11/23