MUNGKIN orang lain akan suka mengajarkan anak-anak yang lebih cerdas, laju dan cepat tangkap berbanding yang lambat tangkap dan kurang cerdas. Saya juga.
Tapi ada satu hikmah yang kita kurang sedar, ketika mengajarkan anak yang lambat tangkap ini. Yakinlah itu adalah pahala percuma yang Allah nak bagi pada kita, dan nak mendidik kita untuk menjadi manusia yang lebih sabar.
Bayangkan asbab kita sabar, tidak putus-putus mendidik dan mendoakannya, daripada tidak tahu, tidak pandai akhirnya dia tahu dan pandai.
Sama seperti orang menghafal al-Quran. Jangan sedih jika sejenis lambat ingat dan lambat tangkap. Itu peluang Allah beri supaya lebih banyak mengulang maka bertambah pahala diasbabkan ulangan itu.
Saya juga teringat pesan naqib usrah sewaktu pernah menjadi guru PASTI dulu. Kata beliau:
“Begitu besar pahala guru-guru tadika, dia mengajarkan daripada anak itu tidak tahu apa-apa kepada tahu akan sesuatu. Berbanggalah kalian.”
Jadi, sabar dan perlahan-lahan lah mendidik. Moga Allah berkati usahanya!
AINNUR UKHTA UWAIS
Yang masih belajar menjadi orang yang sabar – HARAKAHDAILY 22/11/2023
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/WvbgQHLNf7HrtAXf/?mibextid=xfxF2i
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
‘Belajar’ mengajar anak-anak yang kurang cerdas
- Advertisement -