GENCATAN senjata sementara yang dipersetujui oleh kumpulan pejuang Palestin dan rejim pengganas zionis Israel akan bermula pada 10.00 am, 23 November (esok).
2. Angka korban terkini warga Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel terus meningkat kepada 14,128 orang termasuk 5,840 kanak-kanak dan 3,920 wanita.
3. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas kawasan dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Shajaia, Deir Al-Balah, Rafah, Sheikh Hamad, Khanyounis dan Beit Lahia.
4. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Sedirut, Nahal Oz, Flasim, Nir Am, Ashdoud, dan Zarit.
5. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di kawasan pantai Gaza, kejiranan Al-Zaitoun, Al-Nusirat, Beit Hanoun, Juhr Al-Dik serta timur kem Al-Burej dan Al-Maghazi.
6. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Tubas, Tulkarm, Qalqaliya, Ramallah, Baitul Laham dan Nablus.
7. Tentera pengganas rejim zionis Israel meneruskan operasi tangkapan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dengan semalam seramai 40 orang warga Palestin telah ditangkap tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Tebing Barat dan menjadikan jumlah warga Palestin di Tebing Barat yang telah ditangkap sejak 7 Oktober lalu seramai 3,000 orang.
8. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara, artileri dan drone ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Naqoura, Eitron, Yatar dan Tirharfa.
9. Tentera Hizbullah membalas serangan udara tentera pengganas rejim zionis Israel dengan melancarkan serangan roket, artileri dan drone ke atas kedudukan dan pangkalan tentera pengganas rejim zionis Israel di wilayah dan bandar-bandar yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti Ras Al-Naqoura, Naharia, Upper Galilee, Hanita, Yftah, Shlomi, Al-Jalil, Netua dan Bayad Bilda.
10. Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan udara ke atas dua fasiliti milik kumpulan pejuang Iraq di Iraq sebagai membalas serangan roket, dron dan peluru berpandu kumpulan pejuang Iraq ke atas pengkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Syria.
11. Parlimen Afrika Selatan telah mengundi dan memutuskan untuk menutup kedutaannya di negara pengganas zionis Israel, menggantung hubungan diplomatik dan mengusir duta negara pengganas zionis Israel dari Afrika Selatan.
12. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Sweden, Kanada, Belanda, Perancis dan Sepanyol.
Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.
Disediakan oleh:
YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 22/11/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!