JAKIM perlu berperanan kekal tulisan Jawi standard

Ustaz Sabri Azit

ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu berperanan sepenuhnya untuk mengekalkan tulisan Jawi standard yang boleh diketengahkan.

Advertisement

Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit berkata, untuk merealisasi saranan itu, JAKIM perlu berkoloboratif sepenuhnya dengan pihak yang berautoriti iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Dengan peruntukan RM1,147,796 yang diluluskan dalam pembentangan bajet negara, pelbagai usaha boleh dilaksanakan termasuk kursus-kursus penulisan jawi stadard kepada golongan sasaran,” kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tegasnya lagi, guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seluruh negara disarankan agar diberi pendedahan berkenaan jawi standard melalui kursus perdana untuk menguasai tulisan itu.

Dalam perkembangan lain, tambah Sabri, JAKIM juga perlu mengambil perhatian berkenaan gaji serta elaun guru-guru dan penyelia KAFA yang masih di tahap kurang memuaskan.

“Kebanyakan mereka mengeluh kerana gaji dan elaun masing dalam di tahap kurang memuaskan,” kata beliau.

Selain itu, beliau juga mohon supaya pihak JAKIM menyelesaikan status guru-guru KAFA supaya kesemuanya daripada elaun kepada gaji tetap. – HARAKAHDAILY 21/11/2023