Parti pembangkang UK hantar wakil ke Israel, Tebing Barat

David Lammy kini berada berada dalam rangka lawatan ke Israel dan Tebing Barat Palestin. (FOTO FAIL: Getty Images)
- Advertisement -

TEL AVIV: Parti pembangkang United Kingdom telah menghantar wakilnya, David Lammy ke Israel dan Tebing Barat yang diduduki.

Parti Buruh dalam kenyataannya pada Ahad (19 Nov) berkata, Setiausaha Luar bayangannya itu telah mengadakan pertemuan  dengan Presiden Israel, Isaac Herzog dan Timbalan Menteri Luar Pihak Berkuasa Palestin, Amal Jadu.

- Advertisement -

Lammy juga dijadualkan akan bertemu Menteri Luar Israel, Eli Cohen; ketua pembangkang, Yair Lapid; dan Ketua Parti Buruh Israel, Merav Michaeli, lapor News.sky.

Ia merupakan lawatan pertama Buruh ke Israel dan Wilayah Palestin yang Diduduki sejak perang Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt lalu.

Terdahulu, Parti Buruh Britain itu telah berbelah bahagi mengenai pendiriannya terhadap perang Hamas-Israel itu dengan hampir satu pertiga daripada ahli parlimen parti itu menentang pemimpin Keir Starmer pada hari Rabu (15 Nov) lalu untuk menyokong gesaan bagi gencatan senjata; dengan beberapa ahli pasukan bangku hadapannya menarik diri daripada membuat  undian.

Starmer, sepertimana Perdana Menteri, Rishi Sunak, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), telah menyeru agar ‘jeda kemanusiaan’ untuk membawa  bantuan sampai ke Gaza dan bukannya gencatan senjata didakwa menurut mereka, akan membolehkan Hamas berkumpul semula selepas serangan mengejut 7 Okt lalu terhadap Israel.

Lammy sebelum ini berkata, jika dipilih menjadi kerajaan UK, Parti Buruh akan ‘komited tanpa jemu’ kepada diplomasi yang diperlukan untuk membantu menyampaikan ‘jalan sebenar, bukan retorik, kepada penyelesaian Israel-Palestin.

Parti Buruh jauh mengatasi di hadapan Parti Konservatif yang memerintah UK ketika ini dalam tinjauan pendapat umum sebelum pilihan raya umum dijangka diadakan menjelang tahun depan.

“Penamatan konflik (Hamas-Israel) ini yang kita semua mahukan ini tidak semudah dengan mengesahkan bahawa kita mahu ia berlaku,” tegas Lammy dalam satu kenyataan dari Israel.

Bellai juga menegaskan bahawa ‘diplomasi ialah bagaimana jaminan terhadap pembebasan tebusan’ sambil melindungi rakyat Palestin, ketika Israel melakukan serangan darat dan udara di Gaza.

“Diplomasi tegas diperlukan dengan semua kerajaan di rantau ini untuk memberikan jeda kemanusiaan yang lebih lama serta-merta untuk bertindak balas terhadap kecemasan kemanusiaan yang mengejutkan di Gaza, memastikan pembebasan tebusan oleh Hamas dan sebagai langkah perlu untuk menghentikan sebarang keganasan yang berkekalan di rantau ini,” katanya.  HARAKAHDAILY 20/11/2023

- Advertisement -