SEMENANJUNG GAZA: Kementerian kesihatan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa ia telah menemui terowong Hamas di Hospital al-Shifa, dan menyifatkan ia sebagai ‘pembohongan tulen’.
Pengarah kementerian tersebut, Mounir el-Boursh dalam kenyataannya berkata, Israel sebaliknya telah meneruskan serangan udaranya ke atas Gaza, menyasarkan beberapa kawasan di enklaf itu menyebabkan angka penduduk Gaza yang terkorban kini melebihi 13,000 sejak pengeboman bermula pada 7 Okt lalu.
Sementara pegawai Hamas turut menafikan kehadiran dakwaan tentera Israel yang terdahulu telah mengeluarkan tentang apa yang dikatakan terowong Hamas di bawah kompleks perubatan terbesar di Gaza itu – yang dipercayai akan membawa kepada ibu pejabat Hamas.
Wakil Hamas di Lubnan, Osama Hamdan dalam kenyataanya berkata: “Mereka (tentera Israel) mendakwa bahawa hospital ini adalah pusat arahan, kawalan, pentadbiran, dan penguasaan, isu yang jauh lebih besar daripada terowong sahaja. Di manakah itu?
“Tiada apa-apa seperti itu. Bukan kerana kami menyembunyikannya, tetapi kerana ini (dakwaan tentera Israel) adalah kebenaran yang dibohongi mereka.”
“Sama ada tentera Israel lubang di sini atau di sana, memasuki terowong di sana-sini, itu tidak bermakna apa-apa (tidak benar.”
Tambah beliau, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan bahawa terowong memanjang dibina sepanjang jalan-jalan raya di Gaza sejauh ratusan kilometer, lapor News.sky pula.
“Kami tidak pernah menyembunyikan tentang fakta itu,” tegasnya.
Sementara Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) pula berkata bahawa 48 wartawan dan pekerja media telah terbunuh sejak permulaan konflik Hamas-Israel itu – 43 daripada mereka adalah warga Palestin, empat warga Israel dan seorang warga Lubnan, lapor Al Jazeera.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya pula berkata, ia telah berjaya memindahkan 31 bayi pramatang dari Hospital al-Shifa ke hospital Eropah dan Nasser di selatan Gaza; sementara lebih 200 pesakit masih terperangkap di hospital tersebut.
Terdahulu, tentera Israel mendakwa ia telah menemui ruang bukaan terowong di bawah Hospital al-Shifa yang terkepung di utara Gaza itu.
Dalam satu kenyataan pada Ahad (19 Okt), tentera Israel berkata ia menemui terowong sepanjang 55 meter (180 kaki), 10 meter dalam (32 kaki) di bawah kemudahan perubatan terbesar Gaza, yang telah dikepung oleh tentera Israel selama beberapa hari. – HARAKAHDAILY 20/11/2023