KOTA BHARU: Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini berjaya mengumpul sumbangan pelbagai pihak lebih RM3 juta.
Sumbangan itu termasuk sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM400,000, Usahawan Prihatin Kelantan (RM526,000) dan Aid4Palestin Kelantan (RM2 juta).
Jumlah tersebut termasuk kutipan daripada orang ramai di dalam Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.
Sumbangan tersebut diserah setiap wakil-wakil terbabit kepada Menteri Besar Datuk Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.
Ustaz Mohd Nassuruddin berkata, Zionis Yahudi berani membunuh orang Islam di Palestin kerana umat Islam tidak bersatu.
Katanya ketika umat Islam dizalimi dan dibunuh sebaliknya di Arab Saudi diadakan penganjuran hiburan.
“Kita di Kelantan bersatu dan berhimpun bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin dengan menghulur sumbangan yang saya yakin mencapai lebih RM3 juta malam ini,” katanya ketika berucap pada perhimpunan tersebut.
Beliau juga meluah perasaan kecewa kerana ada orang Islam yang mempertikaikan Enakmen Syariah sehingga ke mahkamah bagi mencabar keabsahannya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/11/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!