Nabi Ibrahim lawan syirik dengan hujah yang kuat

- Advertisement -

NABI Ibrahim AS menjadi contoh individu yang mempunyai kebijaksanaan dalam mencari kebenaran daripada Allah SWT, bahkan Baginda juga mempamerkan kesabaran dalam perjuangan.

- Advertisement -

Nabi Ibrahim AS menentang syirik dengan hujah yang kuat sehingga berjaya mematahkan hujah lawannya. Sehinggakan, Baginda AS dihukum bakar di dalam api yang besar, namun Allah SWT telah menyelamatkannya secara mukjizat.

Dalam kisah yang lain, Nabi Ibrahim AS berhujah secara khusus dengan Raja Namrud yang sombong dan zalim. Namrud membawa dua orang yang dijatuhkan hukuman bunuh, salah seorang daripadanya dibebaskan dan seorang lagi dibunuh. Lalu, Ibrahim AS mencabarnya supaya menaikkan matahari dari arah barat bagi meminda ketetapan Allah SWT yang menerbitkannya dari arah timur.

Namrud menjadi zalim dan kufur disebabkan oleh kebongkakan dan lama tempoh masanya memegang kerajaan. Menurut suatu pendapat, Namrud menduduki takhta pemerintahan selama 400 tahun. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, jld. 1, ms. 686)

Begitulah kesungguhan Nabi Ibrahim AS untuk menyelamatkan umat pada zamannya dengan sabar, gigih dan beristiqamah serta tidak berganjak menghadapi segala cabaran.

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Kuliah Duha Jumaat, 3 Jumada al-Ula 1445 – HARAKAHDAILY 17/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!