Kes Nik Elin: 20 perkara yang setiap Muslim perlu tahu

- Advertisement -

KENAPA kes Nik Elin penting untuk masa hadapan umat Islam Malaysia?

1. Kena faham Malaysia ada dua jenis undang-undang. Undang-undang Sivil dan Syariah. Dua set undang-undang ini ada pula peruntukan undang-undang jenayah masing-masing. Saat ini, ada pertindihan peruntukan jenayah syariah dengan jenayah sivil.

2. Tiada individu boleh dikenakan tindakan undang-undang untuk satu kesalahan yang sama.

3. Kena faham gubal Undang-undang Syariah termasuklah jenayah syariah adalah kuasa kerajaan negeri. (Jadual 9 Senarai 2).

4. Negeri Selangor diisytihar tiada kuasa gubal undang-undang jenayah syariah berkaitan liwat selepas Kes Iki Putra.

5. Mahkamah Persekutuan telah batalkan peruntukan jenayah liwat untuk Undang-undang Syariah Selangor dan mengatakan negeri tiada kuasa untuk buat undang-undang berkenaan jenayah ini.

6. Hujah yang dibawa Iki Putra adalah jenayah liwat ini dah ada dalam peruntukan jenayah Persekutuan.

7. Kes Iki Putra telah jadi precedent (rujukan).

8. Nik Elin pada 2022 dah ambil kes Iki Putra sebagai rujukan, dan cabar peruntukan jenayah syariah yang lain. Seperti dalam gambar.

9. Kali ini Nik Elin cabar yang Negeri Kelantan punya. Atas alasan sama macam Iki Putra.

10. Kes Nik Elin jadi bukti bahawa berpandukan precedent kes Iki Putra, satu persatu peruntukan jenayah syariah boleh cuba dibatalkan. Ia boleh dicabar di negeri lain pula. Efek domino boleh berlaku.

11. Risikonya, kemungkinan selepas ini tiada lagi jenayah syariah di Malaysia. Sebab tiada siapa yang ada kuasa gubal Undang-undang Syariah. 

12. Jadi apa kita kena buat? Umat Islam, kerajaan, pengamal undang-undang dan ahli akademik ada peranan masing-masing.

13. Kerajaan menerusi Parlimen kena pinda berapa perkara untuk bagi kuasa lebih kepada negeri atau harmonikan pertindihan jenayah antara jenayah sivil dan syariah.

14. Inilah jua pendirian KDYMM Sultan Selangor iaitu pinda Perlembagaan.

15. Umat Islam pula perlu ambil tahu isu ini. Ini bukan isu politik kepartian yang sempit.

16. Buang sekejap warna parti. Baca dan hadam apa cabaran yang sedang berlaku.

17. Ahli akademik sudah mainkan peranan dengan mengesan cabaran litigasi berstrategik ini. Mereka perlu dilibatkan untuk menghasilkan solusi terbaik dalam isu ini.

18. Kes Nik Elin akan sambung semula pada 20 November ini.

19. Kita teruskan doa dan sokong sebarang usaha pertahan syariah. Semoga yang terbaik untuk agama kita.

20. 20 November ini, 9 pagi akan ada himpunan solidariti untuk pertahankan syariah di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya. Jemput hadir jika berkelapangan.

UTHMAN CHE AZIZ
Projek Anak Muda Islam – HARAKAHDAILY 16/11/2023 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -