Keadilan kepada waris mangsa MH17

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mempersoalkan keadilan kepada semua mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 walaupun perbicaraan kes itu sudah selesai dan kes ditutup sepenuhnya.

Beliau ingin tahu jumlah pampasan yang telah diterima oleh waris terdekat dan bentuk keadilan yang telah diberikan kepada mereka.

- Advertisement -

“Sedikit berkaitan tragedi nahas Elmina, laporan awal telah dikeluarkan 30 hari daripada insiden kejadian, manakala laporan akhir akan diberikan atau pun akan dihasilkan pada Ogos 2024 kerana ia selari dengan Annex13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa.

“Persoalan saya, apakah langkah intervensi jangka masa pendek pihak kerajaan berteraskan kepada laporan awal tragedi ini?

“Berapakah pampasan yang diterima oleh waris terdekat, khususnya penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terbabit,” katanya ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, beliau meminta kerajaan menyatakan secara terperinci jumlah sebenar rakyat yang menerima manfaat pas perjalanan MyRailLife, iaitu KTM Shuttle Timuran Sektor Gemas-Tumpat-Gemas, KTM Komuter Sektor Lembah Klang dan KTM Komuter Sektor Utara.

Beliau turut bertanya mengenai kesan kepada fasiliti yang telah dibina apabila perkhidmatan SkyPark Link yang menghubungkan Stesen KL Sentral dan Lapangan Terbang Subang digantung perkhidmatannya.

“Adakah akan dibiarkan terbengkalai ataupun kerajaan ada perancangan kepada perkara tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!