Bajet: Sidang Dun Kedah bermula 26 Nov

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pembentangan bajet (belanjawan) 2024 akan diadakan selama lima hari bermula 26 November ini.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbahasan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 27 dan 28 November, manakala penggulungan Menteri Besar dan Exco pada 29 November sebelum pembentangan dua rang undang-undang pada keesokannya.

“Mesyuarat Exco pada hari ini merupakan mesyuarat khas membincangkan persediaan sidang Bajet Negeri Kedah 2024 yang akan bermula pada 26 November ini,” jelas beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, bajet tahun hadapan juga turut melibatkan peruntukan Tahun Melawat Kedah yang akan diadakan pada 2025.

Ujar beliau, banyak program giat dirangka untuk mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri memerlukan kerjasama Kementerian Pelancongan untuk membantu dari sudut promosi akan dimulakan pada tahun hadapan (2024),” tambahnya lagi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, PERIKATAN NASIONAL (PN) menguasai 33 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sementara Adun-Adun PN diwakili 21 (PAS), 11 (Bersatu) dan Gerakan (satu). – HARAKAHDAILY 15/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!