PAS Perak telah melengkapkan senarai Ahli Badan Perhubungan Negeri dalam mesyuarat yang diadakan pada 5 November 2023 di Pejabat PAS Perak.
Pesuruhjaya PAS Perak, YB Haji Razman Zakaria mempengerusikan mesyuarat tersebut setelah sekali lagi diberi kepercayaan memimpin PAS Perak.
Senarai Jawatankuasa yang terdiri daripada sebelas orang termasuk tiga orang Ketua Dewan iaitu Ulamak, Pemuda dan Muslimat.
Senarai itu juga mengekalkan semua Jawatankuasa harian sesi lepas.
Mesyuarat juga bersetuju melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lajnah yang kebanyakannya diisi oleh ADUN dan Ahli Parlimen PAS Perak.
Kesemua ahli yang dilantik diyakini mampu membawa PAS Perak ke mercu kecemerlangan dalam misi menawan Perak. YB Haji Razman berharap gandingan dan penglibatan ADUN dan Ahli Parlimen bersama kepimpinan harian sesi lalu yang dikekalkan sekali lagi akan merealisasikan sasaran dan impian PAS Perak .
“Adil, Prihatin, Berkebajikan”
USTAZ FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Perak
7 November 2023 – HARAKAHDAILY 7/11/2023
Pimpinan PAS Negeri Perak sesi 2023-2025
- Advertisement -