AKU rasa walanon akan ikut skrip Pendekar Bujang Lapok masa dia tiga orang itu tengah cari rumah Pendekar Mustar di Kampung Pinang Sebatang, bila baca tajuk berita ini.
Ramlee nampak tanda nama jalan dia tanya Sudin. Sudin jawab Jalan Sekapur Sireh Road da. Kata Ramlee, alamak kita mahu cari Kampung Pinang sudah jumpa sireh, salah kampung da. Aziz balas ini kali kita jumpa sireh, lain jalan kita jumpa pinang barangkali. Padahal dua orang itu kena tipu dengan Sudin yang buta huruf itu, pakai sebut saja.
Samalah macam walanon, dia mungkin kata sesama dia, Ha ini kali dia buang palang tol, lain hari dia buang tollah pula. Sebab walanon masih berharap dan percaya janji cakap Bang Non, Piji, Maszlee dan kaum kerabat mereka masa berkempen 2018 dulu. Padahal dia orang pakai sebut saja apa yang terlepas dari otak dia, terus ke mulut, tak ada tapisan.
Walanon masih tidak percaya ditipu dulu. Sudahlah bermimpi walanon, dah masuk penggal baru dah ini. Empat orang Perdana Menteri dah bertukar. Daripada kau boikot apa-apa sebab emosi, baik kau boikot PH sebab realiti. Yang PH ini lagi terang bersahabat dengan geng negara haram jadah itu.
Eh, tapi walanon mana boikot Yahudi, dia orang boikot takbir dengan qunut nazilah kepada Israil.
MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 6/11/2023
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Lebuh raya: Sepatutnya buang palang atau buang tol?
- Advertisement -