ANGKA korban di kalangan warga Palestin di Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 9,227 orang termasuk 3,826 kanak-kanak dan 2,405 wanita. Hingga saat ini, jumlah warga Semenanjung Gaza yang cedera telah meningkat kepada 23,516 orang.
2. Rejim pengganas Zionis Israel telah meletakkan tentera pengganas rejim Zionis Israel dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia khususnya di sempadan Lubnan terutamanya menjelang ucapan pemimpin Hizbullah Sayyed Hassan Nasrallah yang dijadualkan berlangsung pada bila-bila masa.
3. Berikutan operasi ketenteraan darat oleh tentera pengganas rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza, pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera pengganas rejim Zionis Israel di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza seperti di Erez, Beit Hanoun, Khanyounis, Jabalia, Karama dan di barat laut Gaza.
4. Tentera pengganas rejim Zionis Israel meneruskan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas kawasan dan bandar di Semenanjung Gaza seperti di Khanyounis, Beit Lahia, Tel-Hawa, Absan, Bani Suhila, kem pelarian Nusirat, Al-Bareej dan Al-Maghazi termasuk menyasarkan sebuah sekolah milik UNROA (Agensi Bantuan Kemanusiaan Palestin PBB) dan perkarangan Hopital Al-Halo dan Hospital Al-Quds.
5. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar yang dijajah rejim pengganas Zionis Israel seperti di Tel Aviv, Kisovim dan Kerem Shalom termasuk menyasarkan kedudukan dan pangkalan tentera pengganas rejim Zionis Israel di Nahal Oz, Sufa, Holit dan Nir Yitzhak. Kumpulan pejuang di Iraq dalam kenyataan terbaharu menyatakan bahawa ia telah melancarkan serangan ke arah bandar haram Israel iaitu Eilat di Laut Merah.
6. Pesawat pejuang tentera pengganas rejim Zionis Israel mengebom pejabat French News Agency dan beberapa lagi pejabat organisasi media di bandar Gaza.
7. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim Zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Jenin, Nablus, Jerusalem, Tulkarm, Hebron dan Qalandia.
8. Tentera pengganas rejim Zionis Israel terus menghalang warga Palestin di Tebing Barat dari menunaikan solat Jumaat di Masjidil Aqsa dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap warga Palestin di kejiranan Wadi Al-Jouz di timur Baitul Maqdis.
9. Tentera pengganas rejim Zionis Israel terus melakukan tangkapan ke atas warga Palestin di Tebing Barat dengan semalam seramai 50 orang warga Palestin di tangkap di pelbagai lokasi di Tebing Barat.
10. Tentera pengganas rejim Zionis Israel meneruskan serangan udara dan artileri ke atas kawasan dan bandar di Selatan Lubnan seperti di Ramia, Al-Quzh, Upper Galilee dan Eita Al-Shaab.
11. Tentera Hizbullah terus melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pangkalan tentera pengganas rejim Zionis Israel di sempadan dan wilayah yang dijajah di Selatan Lubnan seperti di Kfar Saba dan Kiryat Shmouna.
12. Kumpulan pejuang di Iraq menyatakan mereka akan memulakan fasa serangan baharu ke atas musuh iaitu tentera Amerika Syarikat bermula minggu hadapan dan ia akan menjadi lebih sukar dan luas dengan menyasarkan pangkalan tentera di pelosok rantau.
13. Perdana Menteri Somalia Hamza Abdi Barre menyatakan bahawa HAMAS bukan sebuah organisasi pengganas sebaliknya adalah gerakan pembebasan Islam.
14. Menteri Luar Iran Amir Hossien Abdollahain menyatakan terbukti bahawa Amerika Syarikat adalah sebahagian yang penting dalam kesinambungan peperangan dan kemusnahan di Gaza dan bukan sebahagian daripada penyelesaian. Beliau juga berkata Amerika Syarikat dan rejim Zionis Israel bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.
15. Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata adalah mustahak untuk menghentikan peperangan serta merta dan membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Beliau juga menyatakan tindakan segera adalah perlu untuk melaksanakan gencatan senjata dalam zon peperangan antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera pengganas rejim Zionis Israel.
16. Rusia menafikan dakwaan laporan Wall Street Journal yang menyatakan kumpulan Wagner bercadang untuk memberikan kepada Hizbullah sistem pertahanan udara.
17. Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken yang tiba di negara haram Israel hari ini berkata Amerika Syarikat terus komited untuk menyokong negara haram Israel dan tidak akan berputus asa dan bekerja untuk membebaskan tebusan. Beliau juga berkata negara haram Israel berhak untuk ‘mempertahankan diri’ dan memastikan serangan seperti yang berlaku pada 7 Oktober tidak berulang.
18. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlaku di negara-negara di seluruh dunia seperti di Qatar, Britain, Amerika Syarikat, Denmark, Jordan, Bahrain, Turkiye, dan Oman.
“Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin”
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 5/11/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!