Alam Ria PASTI Perlis meriah

- Advertisement -

ARAU: Lapan acara dipertandingkan pada Alam Ria PASTI peringkat negeri Perlis di kompleks pendidikan Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI) Jejawi di sini, hari ini.

Seawal jam 7.30 pagi, ibu-bapa mula hadir bagi memberi dorongan kepada anak-anak mereka yang berjaya ke peringkat negeri.

- Advertisement -

Antara kategori yang dipertandingkan azan, nasyid, kalam jamaie, khutbah, pidato, sajak, hafazan dan bercerita.

Pada pertandingan ini, peserta menunjukkan keyakinan ketika membuat persembahan walaupun berusia antara empat hingga enam tahun.

Antara murid-murid yang menyertai Alam Ria PASTI Perlis

Majlis turut dimeriahkan dengan gerai jualan dan gelagat warna warni pakaian murid PASTI, selain kaunter Tabung Haji (TH) dibuka bagi memudahkan orang ramai membuat pelbagai urusan berkaitan TH. – HARAKAHDAILY 4/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -