Speaker Dewan Rakyat bersekongkol untuk selamatkan Menteri?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan supaya memberi layanan kepada semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang secara sewajarnya berdasarkan Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan demikian dalam sidang media Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PN, di sini tengah hari tadi.

Menurut beliau, dakwaan kononnya pembangkang ‘disekolahkan’ di Dewan Rakyat sengaja ditimbulkan bagi mengelirukan rakyat seolah-olah Ahli Parlimen PN tidak berperanan dengan berkesan.

Sedangkan menurut beliau, perkara yang berlaku adalah pihak pembangkang telah dimanipulasikan dengan Peraturan Mesyuarat termasuk oleh tindakan Speaker di mana seolah-olah ‘menyelamatkan’ Menteri.

” I think he is the first non legal background punya Speaker. Jadi oleh sebab itulah di awal-awal dulu ada di kalangan kita mengulangi apa pernah disebut oleh PMX semasa menjadi menjadi Ketua Pembangkang dulu.

“Dia kata Speaker jangan jadi seolah menyelamatkan Menterilah. Speaker jangan cuba menyelamat bersekongkol dengan Perdana Menteri. Itu perkataan ‘the very word’ yang pernah dibuat oleh PMX semasa jadi Ketua Pembangkang dulu.

“Dia kata Speaker jangan sekongkol dengan Menteri. Untuk menyelamatkan Menteri. Jadi itulah nampaknya yang dibuat oleh Speaker sekarang ini,” bidas beliau yang juga Setiausaha Agung PAS.

Menyentuh had dibenarkan Speaker kepada dua soalan tambahan, beliau merujuk Peraturan Mesyuarat 24 (3) di mana Yang di-Pertua Dewan boleh membenarkan ahli-ahli mengeluarkan tidak lebih tiga pertanyaan tambahan.

“Di Parlimen pun Speaker dibenarkan untuk memberi tiga peluang pertanyaan tambahan, tetapi amalan yang ada di Parlimen sekarang ni hanya dua. Katakanlah soalan tambahan itu daripada pembangkang kemudian Menteri jawab.

“(Tetapi) Jawapan itu tidak memuaskan hati kita dan juga rakyat pun tengok tak puas hati dengan jawapan kepada wakil rakyat dia. Kita tidak ada peluang yang kedua untuk bertanya soalan mendapat further and better explanation, better particulars. 

“Lepas daripada itu dia bagi kepada pihak yang satu lagi. Kemudian tak ada lagi soalan tambahan yang ketiga. Sedangkan peruntukan memang membenarkan. Saya selalu juga minta Tuan Dipertua soalan tambahan yang ketiga. Sebab ada asasnya tetapi tidak boleh. 

“Jadi menyebabkan itulah bagaimana kadang-kadang menteri bila dia jawab jawab. Kita nak tanya soalan sekali lagi dah tak boleh,” kesali beliau turut memberi contoh sama terhadap usul-usul dikemukakan pihak pembangkang.

Sedangkan ujar beliau yang juga seorang pengamal undang-undang, perkara dikemukakan tersebut memenuhi syarat sebagaimana digariskan Peraturan Mesyuarat iaitu diperincikan, berkepentingan awam dan perlu disegerakan. – HARAKAHDAILY 3/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -