‘Two-State Solution’ adalah normalisasi, wajib ditolak

- Advertisement -

PEMIMPIN Islam yang dayus, bacul dan tidak bermaruah sahaja yang bersetuju dengan ‘Two State Solution’ dan bersetuju untuk rakyat Palestin keluar dari Gaza.

Sedarkah kalian saat ini berlaku lobi di sebahagian pemimpin negara-negara Islam agar penduduk Palestin keluar dari Gaza? Sekiranya mereka keluar dari Gaza siapakah yang akan mendudukinya?

Tindakan keluar dari Gaza adalah bererti menyerahkan tanah Palestin secara percuma pada Zionis Israel.

‘Two State solution’ adalah usaha normalisasi pada penjajahan Zionis Israel pada bumi Palestin. Usaha menyuruh keluar penduduk Gaza dari bumi Gaza adalah tindakan jahat bagi menyerahkan tanah mereka secara percuma pada Zionis.

Bumi Palestin adalah bumi wakaf umat Islam, maruah bagi umat Islam dan bumi suci umat Islam!

Buat pemimpin-pemimpin Islam, usah jadi pengkhianat yang membenarkan secara halus penjajahan ini! 

بروح بدم نفديك يا اقصى

فلسطين حرة

USTAZ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 2/11/2023

- Advertisement -