Tesdec jadi pemudah cara alumni buka perusahaan sendiri

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) atau ‘Terengganu Skill’ akan menjadi pemudahcara kepada alumni yang berhasrat untuk membuka perusahaan sendiri.

- Advertisement -

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Tesdec Berhad, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa jabatan dan agensi bagi memenuhi impian dan harapan graduan kolej itu.

“Kita sangat menggalakkan kepada graduan ini untuk membuka atau menceburi bidang pengajian mereka dalam erti kata membina jaringan sendiri ataupun mencipta peluang pekerjaan sendiri.

“Insya-Allah pihak pengurusan Tesdec telah pun memberikan komitmen untuk mencipta beberapa lagi inovasi dan program untuk kita jalankan dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan negeri contohnya yayasan pembangunan usahawan yang kita akan buat kerjasama dan kolobrasi dengan mereka.

“Ini supaya mana-mana alumni kita yang bercadang atau berhasrat untuk membuka sendiri perusahaan atau perniagaan mereka berasaskan kepada pengajian yang telah mereka dapat di Tesdec.

“Insya-Allah kita akan menjadi pihak yang akan memudah cara supaya alumni kita ini akan dapat memenuhi impian dan harapan mereka. Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurkan Majlis Konvokesyen Ke-5 TESDEC, di Terengganu Equestrian Resort (TER), di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Tesdec, Sulaiman Sulong dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Iskandar Muhammad Aziz.

Wan Sukairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, kerajaan negeri akan terus memberi komitmen kepada Tesdec untuk melahirkan lebih ramai graduan dari negeri ini.

“Insya-Allah kerajaan negeri Terengganu akan terus menyokong dan memberi komitmen kepada Tesdec untuk melahirkan berapa ramai lagi rakyat Terengganu yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang.

“Ini bagi memenuhi permintaan pasaran kerja yang ada di dalam negeri mahupun di luar daripada Terengganu dalam pelbagai bidang yang ada sekarang ini,” katanya.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, peluang pekerjaan untuk lepasan graduan Tesdec cukup terjamin.

“Pasaran kerja insya-Allah ada kepada graduan yang memiliki kemahiran yang telah pun mereka dapat di Tesdec,” katanya.

Pada majlis berkenaan seramai 250 graduan dianugerahkan sijil serta seramai 11 graduan telah dianugerakan sebagai graduan terbaik dalam pelbagai bidang dan kursus yang ditawarkan oleh kolej terbabit.

“Saya daripada pihak kerajaan Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua graduan yang telah pun berjaya menerima sijil dan diploma masing-masing.

“Tahniah dan penghargaan setingginya juga kepada barisan pengurus dan kolej Tesdec yang telah pun berjaya melahirkan para graduan sehingga berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan juga kepada para pensyarah yang banyak berkorban dalam melahirkan graduan,” katanya. – HARKAHDAILY 2/11/2023