KOTA BHARU: Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat Pulai Chondong yang ditubuh 30 tahun lalu, berjaya melahirkan ramai profesional dalam pelbagai bidang kerjaya.
Antaranya berkhidmat sebagai pensyarah, juruterbang, jurutera, doktor, pengadil tilawah al al Quran peringkat kebangsaan dan pelbagai lagi kerjaya.
Penubuhan Maahad Tahfiz merupakan idea bekas Menteri Besar Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 1992.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sambutan ulang tahun tiga dekad akan diadakan akhir tahun ini.
Bagaimanapun katanya tarikh sambutan ulangtahun itu belum lagi dimuktamadkan.
“Maahad tahfiz membuktikan keupayaannya mendidik pelajar dalam tempoh 30 tahun sedangkan pada peringkat awal ramai pihak yang masih ragu-ragu terhadap keupayaan maahad berkenaan.
“Dahulu masyarakat belum nampak dan sekarang menjadi rebutan ibu bapa termasuk dari luar Kelantan menghantar anak-anak mereka,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup kursus kepimpinan guru da’ie kepimpinan guru dakwah, di Dewan Hidayah IPMI Panji, JPS Zon Timur, di sini.
Menurutnya juga bekas pelajar Maahad Tahfiz al Quran Pulai Chondong akan turut dijemput memeriahkan sambutan berkenaan.
Terdahulu ketika berucap di majlis beliau beliau menasihatkan anak-anak muda usah bimbang untuk mendirikan rumahtangga lebih awal kerana rezeki ditentukan Allah Taala. – HARAKAHDAILY 27/10/2023