Industri pelancongan perlu keluar dari zon selesa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Industri pelancongan negara amat memerlukan transformasi bagi menghadapi persaingan dalam dunia yang semakin tidak menentu.

Dato’ Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berkata, kerjasama komuniti setempat juga perlu diperkasakan bagi memastikan kelestarian dan kemampanan industri pelancongan.

- Advertisement -

“Produk pelancongan negara masih berada di takuk lama kerana sering mengulangi perkara yang sama.

“Ini boleh menyebabkan negara akan ketinggalan berbanding tarikan di luar negara,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, pelancong lebih mengenali Thailand, Singapura dan Indonesia berbanding Malaysia walaupun negara berhampiran ketiga-tiga negara berkenaan.

Sehubungan itu, katanya industri pelancongan negara ini perlu keluar dari zon selesa kerana negara jiran semakin jauh meninggalkan Malaysia dengan budaya perkhidmatan yang hebat. – HARAKAHDAILY 26/10/23.