KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru seluruh umat Islam, para pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan NGI serta ahli-ahli parti politik bersama-sama menyertai himpunan aman ‘Hentam Israel’ pada Sabtu, 28 Oktober ini bertempat di Masiid KLCC bagi menunjukkan kebersamaan.
Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, himpunan tersebut yang bakal diadakan adalah bertujuan untuk mempamerkan sokongan jitu rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin,tetapi juga untuk mendidik orang ramai mengenai sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara Timur Tengah itu.
“Dilihat, keganasan dan pembantaian serta pembunuhan rakyat Palestin oleh rejim haram Israel semakin berleluasa sehingga mereka sangup mengebom kawasan awam iaitu hospital dan pejabat kerajaan sehingga banyak mengorbankan ribuan rakyat termasuk kanak-kanak, orang-orang tua, doktor dan kakitangan hospital tampa ada rasa perikemanusiaan,” katanya kepada HarakahDaily.
Mohd Zai turut menegaskanbahawa perbuatan ini menuntut umat islam bangkit mempertahankan kedaulatan rakyat dan negara Palestin yang berdaulat.
“Umat Islam sewajarnya bangkit menunjukkan rasa kebersamaan dan solidariti bagi menentang Israel.
“Inilah sebagai tanda sumbangan dan sokongan yang sangat penting yang seharusnya ditunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam pasti bersatu bagi mempertahankan Palestin,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/10/2023