Demi Palestin: Islam Makhachev elak rai kemenangan UFC 294

Islam Makhachev diumumkan sebagai juara lightweight di UFC 294 dalam pertarungan malam tadi mengalahkan Alexander Volkanovski di Abu Dhabi pada malam tadi, 21 Okt 2023. (FOTO: BBC)
- Advertisement -

ABU DHABI: Islam Makhachev melahirkan rasa terima kasih kepada pasukan dan jurulatihnya atas perancangan permainan strategik susulan kemenangannya mengalahkan Alexander Volkanovski di UFC 294, namun mengelak daripada meraikan kemenangan demi solidariti buat rakyat Palestin yang kini menderita angkara serangan udara Israel.

“Saya tidak meraikan kemenangan hari ini kerana perkara gila yang berlaku di seluruh dunia sekarang ini. Palestin, kami berdiri bersamamu.Seluruh doa kami untukmu. Hentikan ini! Hentikan ini!” teriaknya. 

- Advertisement -

Susulan kemenangannya dalam perlawanan pada malam tadi, Sabtu (21 Okt), juara Rusia tersebut kini mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang pejuang pound-for-pound terbaik dunia dengan kemenangan kalah mati pusingan pertama ke atas Volkanovski, lapor Sky News.

Makhachev sehubungan itu mengekalkan kejuaraan lightweightnya pada UFC 294, yang sekali gus menyebabkan Volkanovski dari Australia, kehilangan KO pertamanya dalam lebih sedekad.

Gelanggang perlawanan di Etihad Arena yang penuh sesak dengan penonton itu dihiburkan paparan pertarungan singkat tetapi menarik yang mencetuskan suasana penuh aksi apabila Makhachev mendaratkan sepakan ke kepala Volkanovski, dan dia mengikut lawannya ke lantai  dan mendaratkan sembilan tumbukan yang tidak berbalas sebelum pengadil Marc Goddard melompat masuk untuk menghentikan pertarungan dalam pusingan pertama.

“Perlawanan  yang bagus, sepakan yang bagus. Sukar, saya  tidak pernah suka kalah. Dia (Islam Makhachev) seorang juara yang hebat. Kredit kepadanya,” ulas Volkanovski. – HARAKAHDAILY 22/10/2023