SHAH ALAM: Muktamar Dewan Muslimat PAS (DMPM) kali ke-63 di IDCC di sini, hari ini dimulakan dengan acara pelancaran Kurikulum Pendidikan Taska Asuhan Tunas Insan (TASTI).
Majlis itu diawali dengan tayangan montaj kurikulum pendidikan TASTI.
Pelancaran disempurnakan oleh ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dengan diiringi Pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga DMPM, Dato’ Siti Ashah Ghazali.
Silibus tersebut telah dihasilkan oleh sekumpulan individu yang terdiri daripada 13 orang panel penggubal dan tiga penilai yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang pendidikan juga terlibat secara langsung dalam pendidikan awal kanak-kanak
Sehubungan itu, DMPM mengadakan majlis penyampaian penghargaan buat panel penggubal dan panel penilaian kurikulum pendidikan TASTI. – HARAKAHDAILY 19/10/2023