Perancangan jangka panjang bagi keterjaminan beras negara

Dato' Dr. Ahmad Yunus Hairi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu kekurangan beras di pasaran sebagaimana yang berlaku baru-baru ini diberikan perhatian oleh ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL bagi persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Justeru, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi meminta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan jangka panjang yang mampan bagi keterjaminan makanan beras negara.

Beliau mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin turut bertanya mengapa bekalan beras tempatan yang selama ini mencukupi iaitu pada kadar 65 peratus bagi kegunaan rakyat Malaysia secara tiba-tiba berdepan masalah bekalan sedangkan jumlah rakyat Malaysia kekal dan kadar pemakanan juga sama.

Berikut ialah senarai soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL di Dewan Rakyat, hari ini.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan usaha Kerajaan bagi memastikan negeri Pantai Timur khususnya Terengganu turut menerima dana pembiayaan daripada Global Environmental Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menter Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah graduan bidang TVET dari tahun 2018 sehingga 2023 mengikut bidang latihan yang telah mereka lalui. Berapakah bilangan graduan ini sudah memperolehi pekerjaan dalam bidang latihan tersebut.

Tuan  Haji  Mohd  Misbahul  Munir  bin  Masduki  [Parit  Buntar] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan  menyatakan mengapa para petani di Perak belum mendapat sumbangan RM250 daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sedangkan sumbangan tersebut sudahpun disalurkan kepada Kerajaan.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan secara terperinci sejauh mana fungsi dan bidang Pusat Bencana Geologi Negara bagi menangani impak keterancaman perubahan iklim di Malaysia.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah perancangan Kementerian untuk menubuhkan kolej/universiti automotif untuk melahirkan tenaga kerja mahir khususnya di Hulu Selangor yang merupakan kawasan hub automotif negara.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha yang telah dibuat oleh Kementerian sehingga kini bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import bahan mentah yang diperlukan bagi sektor pertanian dan penternakan.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri  Pelaburan,  Perdagangan  Dan  Industri menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian bagi menjamin kepentingan usahawan dan syarikat Bumiputera serta GLC tidak digadaikan ekoran ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan langkah Kementerian bagi memajukan jalan- jalan sekitar luar bandar terutamanya jalan yang menuju ke perkampungan Orang Asli pedalaman di kawasan Gerik seperti Pulau Tujuh, Kg. Ciong, Sungai Kelat, RPS Dala dan RPS Kemar.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Ekonomi menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk “memasyarakatkan” penggunaan data dan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) secara lebih meluas, bukan sahaja dalam bidang ekonomi, termasuk dalam bidang pentadbiran, pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan mengapa Jabatan Perhilitan Jerantut hanya mempunyai 1 buah kereta pacuan 4 roda, keahlian anggota yang sedikit, fasiliti pejabat yang kurang selesa serta bilangan perangkap haiwan yang tidak mencukupi sedangkan keluasan Jerantut yang berbukit-bukau dan mempunyai hutan sebesar 378,357.83 hektar.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Ekonomi menyatakan pencapaian Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga kini dalam menoktahkan kemiskinan di seluruh negara dan adakah Kerajaan bercadang untuk melanjutkan tempoh berkenaan hingga ke tahun hadapan.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah model yang diguna pakai Kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup rakyat pada masa kini dan adakah RM1.5 bilion untuk program tingkatkan pendapatan bagi membasmi kemiskinan tegar meliputi perkara asas iaitu kuasa beli rakyat yang sangat terbeban pada masa ini.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Ekonomi menyatakan kaedah dan strategi yang diguna pakai bagi membasmi miskin tegar yang disasarkan selesai pada hujung tahun 2023 melibatkan seramai 400,000 isi rumah seluruh negara.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan jangka panjang yang mampan bagi keterjaminan makanan beras negara.

Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan:

(a) bagaimanakah pihak Kerajaan memastikan kilang-kilang tidak menjadi penyebab pencemaran alam sekitar; dan

(b) apakah tindakan tuntas Kerajaan mengenai sisa buangan kilang di tapak pelupusan haram seperti di Batu 14, Jalan Kapar yang dikatakan telah mencecah hingga 400 tan sampah dan kebakaran sampah ini masih berulang.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Ekonomi menyatakan jumlah libat urus yang diadakan dengan pihak berkaitan untuk melaksanakan dasar gaji progresif bagi menggantikan dasar gaji minimum dan apakah pendekatan yang digunakan dalam merealisasikan pelaksanaan dasar terbabit.

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

 (a) setakat ini, selepas 10 bulan import telur dilaksanakan, berapa peratus telur tempatan sudah kembali ke pasaran dan berapa lama lagi tempoh yang diperlukan untuk memastikan bekalan telur tempatan untuk keperluan domestik mencukupi; dan

(b) mengapa bekalan beras tempatan yang selama ini mencukupi iaitu pada kadar 65 peratus bagi kegunaan rakyat Malaysia secara tiba-tiba berdepan masalah bekalan sedangkan jumlah rakyat Malaysia kekal dan kadar pemakanan juga sama.

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perancangan bagi memantapkan pasaran pekerjaan di Malaysia bagi memastikan akan ada pekerjaan yang berkualiti dan berpendapatan tinggi untuk graduan serta terdapat kumpulan pekerja berkemahiran secukupnya bagi mengelakkan penutupan lebih banyak kilang seperti kilang Panasonic baru-baru ini.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan adakah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah seliaan pihak Kementerian diteruskan pada pentadbiran Kerajaan Persekutuan kali ini memandangkan ia menyasarkan kumpulan B40 yang tinggal di luar bandar untuk meningkatkan pendapatan semasa mereka.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan jumlah pembiayaan Kerajaan Persekutuan mengikut negeri bagi projek sumber air negeri sejak perjanjian migrasi dimuktamadkan sehingga Jun 2023.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan langkah segera dan strategi yang berkesan dalam membantu mangsa yang ditimpa musibah ribut taufan dan angin kuat yang merosakkan rumah kediaman agar rumah kediaman mereka dibaik pulih dalam tempoh yang singkat.

Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah strategi atau langkah Kerajaan untuk meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan KDNK negeri seperti Kelantan, Perlis dan beberapa negeri lagi yang dikira kurang maju supaya kemakmuran dapat dinikmati bersama dan peluang pekerjaan yang memberikan pendapatan tinggi dapat diadakan di negeri-negeri tersebut.

Datuk  Haji  Ahmad  Marzuk  bin  Shaary  [Pengkalan  Chepa]  minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan  Iklim menyatakan dapatan terperinci jawatankuasa induk peringkat pusat yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menyelaras standard operasi dan tatekelola sektor perlombongan mineral khususnya nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NRREE). – HARAKAHDAILY 16/10/2023