Bina LRA di pulau atasi masalah paip bocor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mencadangkan kerajaan membina loji rawatan air (LRA) di pulau bagi mengatasi masalah peningkatan kadar air tidak terhasil (NRW) pada masa akan datang.

Katanya, langkah itu penting bagi mengelakkan kebocoran paip berlaku di dasar laut dan menyebabkan air yang terawat terbazir ke laut.

- Advertisement -

“Banyak loji LRA dibina di tanah besar, bukan di pulau. Ini bermakna kita hantar air ke pulau air yang sudah dirawat. ApApabila berlaku kebocoran paip di bawah laut atau dasar laut, kadar NRW akan meningkat.

“Oleh sebab air yang dihantar itu air yang dirawat, saya mencadangkan supaya pembinaan LRA dibuat di pulau, bukan di tanah besar.

“Penghantaran air mentah yang belum dirawat, kalau berlaku sebarang kebocoran sekalipun kadar NRW tidak akan meningkat dan kos lebih rendah berbanding kita bina loji di tanah besar sama ada di Labuan dan Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, keadaan di Langkawi berada pada tahap kritikal kerana kebocoran yang agak lama dan kos yang agak besar untuk dibaiki. – HARAKAHDAILY 12/10/2023

- Advertisement -